PAMERAN SPESIES ULAR DAN RAMA-RAMA

Wednesday 12 August 2015


: Sempena minggu panitia sains dan matematik, Sekolah kebangsaan Chabau telah menganjurkan program pendidikan dari taman rama-rama dan reptilia melaka, serta spesies-spesies ular dari malacca snake bite. program ini telah berlangsung pada 11/08/2015, bertempat di Sk Chabau. sekolah-sekolah yang berhampiran juga turut serta untuk menjayakan lagi program ini.  murid-murid dan guru-guru juga telah diberi taklimat pendedahan yang terperinci berkaitan reptilia tersebut terlebih dahulu, sebelum melihat dan memegangnya. Sk Chabau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program tersebut.













0 comments:

Post a Comment