PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI

Monday 22 June 2015


: Pelancaran program sekolah lestari anugerah alam sekitar telah berlangsung di dataran Ilmu Sekolah kebangsaan chabau pada 22 Jun 2015. program ini bertujuan untuk mengumpulkan bahan buangan ataupun bahan terpakai untuk di kitar semula. dengan bahan-bahan buangan yang telah di kumpul, boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif menggunakan bahan tersebut mengikut kreativiti. program ini bertujuan untuk mengurangkan bahan buangan dan bahan buangan tersebut masih boleh digunakan.




























TAKLIMAT KEPADA IBU BAPA TAHUN 6

Friday 19 June 2015

: Taklimat kepada Ibu Bapa murid tahun 6 yang akan menduduiki UPSR telah di adakan pada 19 Jun 2015 , bertempat di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Chabau. Taklimat ini bertujuan ingin meminta bantuan kerjasama dari Ibu Bapa untuk memantau tahap pembelajaran murid-murid semasa di rumah. ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan murid terhadap subjek yang telah di ajar semasa berada di sekolah. Semoga ini dapat membantu murid-murid mencapai target yang telah di tetapkan. Semoga murid-murid Sekolah Kebangsaan Chabau berjaya di dalam UPSR tahun 2015. Amin...







MAJLIS PELANCARAN

: Majlis pelancaran Program Jom Solat & Ihya' Ramadhan telah berlangsung di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau pada 19 Jun 2015. Program ini akan dijalankan Sepanjang bulan Ramadhan.







BACAAN YASSIN

: Bacaan Yassin telah berlangsung di Surau Sekolah Kebangsaan Chabau pada 17 Jun 2015, melibatkan Semua warga Sk Chabau Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang akan tiba.








PERTANDINGAN MTQ PENDIDIKAN KHAS 2015

Thursday 4 June 2015

: Pertandingan MTQ pendidikan khas 2015 peringkat Zon Jasin, yang telah berlangsung pada 11 Mac 2015. Acara pertandingan bercerita kisah-kisah nabi, Sekolah Kebangsaan Chabau telah di wakili oleh Aszarulqimi bin Adam yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 (individu). Tahniah kepada peserta dan terima kasih juga kepada guru pembimbing.



PERTANDINGAN BOLA SEPAK B12

Wednesday 3 June 2015

: Pertandingan bola sepak B12 peringkat kawasan Jasin, berlangsung pada 07 April 2015. Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Chabau telah menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kemendor, Jasin. Sekolah Kebangsaan Chabau telah menduduki tempat ke 3 di dalam kumpulan. Tahniah kepada peserta yang terlibat dan Terima kasih kepada guru-gur yang telah membantu.


KARNIVAL PEMAINAN PENDIDIKAN KHAS

: Karnival permainan pendidikan khas peringkat negeri Melaka 2015. Acara futsal bawah 12 tahun telah berlangsung pada 24-25 Mei 2015. Sekolah kebangsaan Chabau telah di wakili oleh Aszarulqimi bin Adam (murid pendidikan khas) untuk  daerah Jasin, dengan pencapaian mendapat tempat ke 3 di dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada peserta yang telah berjaya. Terima kasih juga kepada guru-guru pengiring yang telah membantu semua peserta.



KLINIK BOLA SEPAKAKAR UMBI B11

: Klinik bola sepak akar umbi  peringkat kawasan Jasin telah berlangsun pada 18 April 2015. Sekolah Kebangsaan Chabau telah menghantar wakil untuk menyertai program tersebut.  Semua peserta telah di anugerahkan Sijil penyertaan kerana telah menyertai program tersebut. Tahniah kepada peserta dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Chabau.





PERTANDINGAN BOLA JARING MSS

: Pertandingan bola jaring MSS Melaka peringkat kawasan Jasin telah berlangsung pada 20 April 2015. Sekolah Kebangsaan Chabua telah mendapat tempat untuk ke pusingan suku akhir. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada guru-gur yang telah membantu peserta.


PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT NEGERI

: Pertandingan sepak takraw peringkat negeri melaka telah berlangsung pada 28-30 April 2015. Sekolah Kebangsaan telah di wakili oleh Muhammad Fairus dan Ahmad Fakhrul Adha. Sekolah Kebangsaan Chabau telah mendapat tempat ke 4dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada guru-guru yang telah membantu peserta.




KEM KESIHATAN DOKTOR MUDA

: Kem Kesihatan Doktor Muda peringkat kawasan Jasin ini telah berlangsung pada 30 Mei 2015. Sekolah Kebangsaan Chabau telah di wakili oleh tiga orang peserta iaitu  Safia Zahidah yang telah mendapat tempat ke 2 di dalam kategori pertandingan Makanan sihat. peserta ke 2 iatu Adam Haikal telah mendapat tempat ke 3 didalam kategori pertandingan Explorace. dan perserta ke 3 iaitu Anis Suaidah telah mendapat saguhati di dalam kategori pertandingan Dam ular gergasi. Tahniah kepada peserta yang terlibat dan terima kasih kepada guru pengiring.






PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

: Pertandingan nyanyian solo peringkat kawasan Jasin ini telah berlangsung pada 12 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Chabau telah di wakili oleh seorang peserta iaitu Nurul Hazwanie Zahidah binti Abd. Latif. Tahniah kepada peserta kerana telah mewakili sekolah walaupun hanya mendapat Sijil penyertaan, Semoga beliau akan berjaya pada pertandingan akan datang. 


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ)

: Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kawasan Jasin ini telah berlangsung pada 24 Februari 2015. Sekolah Kebangsaan Chabau telah di wakili oleh 3 orang peserta iaitu Ahmad Fakhrul Adhah bin Abdullah telah mendapat Naib Johan, untuk kategori Hafazan. Adam Haikal bin Mohamed Nasseruddin pula mendapat  Naib Johan untuk kategori bercerita. dan Muhammad Syamie bin Mohd Nazri pula mendapat Naib Johan untuk kategori Tilawah. Tahniah kepada ke tiga-tiga peserta kerana telah berjaya.








PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

: Pertandingan bicara berirama peringkat Negeri Melaka ini telah berlangsung pada 29 April 2015. yang telah di wakili seramai 30 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Chabau. Tahniah kepada semua peserta kerana telah membuat pesembahan dengan bersungguh -sungguh. Terima kasih juga kepada Guru yang telah banyak membantu para peserta.