MESYUARAT AGUNG PIBG

Monday 30 March 2015

Pada 28 March 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Chabau, berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39/2015. Terima Kasih kepada semua ibubapa yang hadir untuk menjayakan mesyuarat ini. Selain itu, SK Chabau juga mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada YB Datuk Ghazalee bin Muhamad yang telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ini. 










PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Friday 27 March 2015

Pertandingan kawad kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Kategori Putera. Sekolah-sekolah Rendah Daerah Jasin. telah berlangsung pada 26 March 2015, bertempat di Dataran Kawad Kaki IPD Jasin. Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Chabau kerana telah memenangi pertandingan dengan pencapaian Johan peringkat kawasan Jasin. Tahniah juga kepada Ahmad Faris bin Abdullah kerana telah mendapat pencapaian sebagai ketua platun terbaik. Terima Kasih kepada guru-guru yang terlibat yang telah banyak membantu.






















PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHUN 3


 : Pertandingan bercerita peringkat daerah kawasan  jasin, diwakili oleh Aina Fatini binti Mohd Fadzil. telah berlangsung pada 26 March 2015.  Sekolah Kebangsaan Chabau telah mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. walau bagaimanapun Tahniah kepada peserta yang terlibat. terima kasih juga kepada guru yang telah banyak membantu dalam pertandingan ini.














MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Wednesday 25 March 2015

: Mesyuarat Agung PIBG SK Chabau kali ke 39 / 2015 akan diadakan pada 28 March 2015, pada jam 8.30 pagi. bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Chabau. Mesyuarat Agung Tahunan ini akan dirasmikan Oleh YB Datuk Haji Ghazale bin Muhamad, Adun Kawasan Rim. Semua ibubapa dijemput hadir pada Mesyuarat yang akan berlangsung, kerjasama anda amat diperlukan.



PERLAWANAN PERSAHABATAN

Monday 16 March 2015

: Perlawanan persahabatan bola sepak bawah 12 Tahun, di antara pasukan SK Chabau menentang pasukan JDT Junior. berlangsung pada 14 March 2015 bertempat di padang bola sepak kampung Chabau.







PERLAWANAN PERSAHABATAN

Friday 13 March 2015

: Perlawana Persahabatan Bola Jaring di antara Sekolah Kebangasaan Chabau berlawan Sekolah Kebangsaan Kemendor dan Sekolah Kebangsaan Masjid Baru berlangsung pada sebelah petang pada 10 March 2015 (Selasa). Perlawanan bersama Sekolah Kebangsaan Masjid Baru, SK Chabau berjaya menjaringkan 15 Jaringan.  manakala Perlawanan bersama Sekolah Kebangsaan Kemendor, SK Chabau hanya dapat menjaringkan 4 jaringan sahaja. 






PELANCARAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Monday 9 March 2015

Pelancaran program pemulihan khas yang telah berlangsung pada 02 March 2015 di Dataran Ilmu Sk Chabau, pada Perhimpunan rasmi pada pagi Isnin. program ini telah di Rasmikan oleh Guru Besar Sk Chabau iaitu En Ibrahim bin Rasol.