TAHNIAH SK CHABAU !!!

Friday 18 November 2011

 Sekitar Pengagihan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012

Pelajar Cemerlang 5A UPSR 2011 bergambar kenangan dengan Cikgu Asrol Khan

Khamis-17 November telah berlangsungnya aktiviti pengagihan wang bantuan khas awal persekolahan bagi murid tahun 1-6 di perkarangan kantin sekolah. Manakala pada hari yang sama juga iaitu selepas rehat pula Guru Besar SK Chabau turut menyampaikan keputusan UPSR 2011 kepada semua murid tahun 6. Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya menggapai 5 A dan diharap tidak kecewa bagi yang belum berjaya. InsyaAllah kejayaan akan akan menyusul kemudian dengan usaha yang gigih disusuli doa.

HARI Q 2011

Thursday 17 November 2011

 SILA KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR...
HARI KUALITI (Q),
PENYAMPAIAN HADIAH 
DAN  KONVOKESYEN
PRA SEKOLAH
BIJA K  KREATIF
2011
                 • TARIKH    : 15 NOVEMBER 2011
 HARI    :  SELASA
 M         :  2:00 PTG
                    • TEMPAT   :  KANTIN SK CHABAU

 

LADAP DAN FAMILI DAY

Thursday 3 November 2011


 Hari Keluarga serta LADAP sk Chabau 2011 telah berlangsung dengan meriah sekali. Dengan mengadakan program seperti ini  dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan staff.

PERASMIAN MINGGU BAHASA MELAYU

Tuesday 25 October 2011

24 Oktober 2011- Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu 2011 yang dirasmikan oleh GPK 1, Pn Hjh Azizah Bt Hussin. Majlis  diakhiri  dengan persembahan murid tahun 6.

GST? harga barang naik @ turun ?

Thursday 20 October 2011

Taklimat yang  telah dihadhiri oleh Guru Besar dan seorang guru bagi setiap sekolah Daerah Jasin yang diadakan di Dewan Seminar PPD Jasin telah berjalan dengan lancar. Taklimat tersebut bertujuan menerangkan kepada guru- guru kefahaman tentang apa itu GST ? Dengan menghadiri taklimat tersebut,maka sedikit sebanyak memberi kafahaman kepada kita tentang GST ( Cukai Barang dan Perkhidmatan ) yang akan dikuatkuasakan pada masa yang akan ditetapkan. Ianya bertujuan menghapuskan semua cukai yang ada termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada dan menggantikan dengan GST yang hanya dikenakan sebanyak 4 % keatas barangan yang diniagakan. Bersamalah kita fikir-fikrkan sama ada ianya memberi impak positif atau negatif, dan bersedia menerima apa sahaja pembaharuan yang dibuat kerajaan jika ianya bertujuan demi kemaslahatan rakyat semuanya.

PERKHEMAHAN 2011

Thursday 13 October 2011

Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Badan Beruniform SK Chabau 2011


UPSR 5 A

Wednesday 14 September 2011

Hepi Besday GB

Tuesday 6 September 2011

Selamat Hari Lahir buat Puan Guru Besar kita..Pn Hjh Zainon Bt Ab. Latif...semoga bertambah kesihatan,keimanan,dipanjangkan umur dan rezeki yang melimpah ruah..amin.

SALAM AIDILFITRI

Saturday 27 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI BUAT SEMUA...DARIPADA WARGA SK CHABAU..

Majlis Perasmian Penutup Bulan Sains

Wednesday 24 August 2011


 



MENARIK HARI INI

Friday 12 August 2011

 Hari ini berlangsungnya 2 program di bawah  " INTERSHIP Program PISMP " seperti  berikut :

" CERAMAH MOTIVASI & POTENSI DIRI GURU 
SERTA MURID TAHUN 5 SK CHABAU "

JAM : 8.00 PG- 12.OO TGH
TEMPAT : MAKMAL ICT
DISAMPAIKAN OLEH : PN. NORIZI BT ABDUL AZIZ
KAUNSELOR IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA



"CERAMAH PEMULIHARAAN PENYU KARAH "

JAM : 10.30 PG- 12.00 TGH


TAHNIAH!!!

Wednesday 10 August 2011

TAHNIAH diucapkan kepada adik Muhd Afiq B Jummary dan adik Anis Suriza Bt Abdullah diatas kejayaan mereka dalam acara yang dihadirinya " KEM BINA JUARA" yang diadakan di Kem Saujana Asahan baru-baru ini.

PROGRAM BULAN SAINS

Wednesday 3 August 2011

Selamat datang kembali diucapkan kepada dua orang guru pelatih dari IPGM iaitu Cik Nur Faradilla Bt Kamal dan Cik Suzliani Bt Sulaji ke SK Chabau bagi menjayakan INTERSHIP Program PISMP selama 4 minggu. Sehubungan dengan itu  mereka akan menjayakan Program Bulan Sains bersama Panitia Sains, Program Mentor -Mentee Pembentukan Sahsiah bagi murid tahun 5 dan turut menjayakan Program Ihya' Ramadhan yang akan berakhir 24 Ogos 2011 ini. Dengan kehadiran mereka berdua diharap dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid khasnya dan SK Chabau amnya.

SALAM RAMADHAN

Friday 29 July 2011


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1432H kepada semua warga SK Chabau..

SELAMAT BERJUANG..........

Tuesday 19 July 2011

Selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR bagi murid-murid tahun 6 yang bermula hari ini,19 Julai 2011 sehingga 21 Julai 2011. Diharap murid-dapat menjawab dengan terbaik..GOOD LUCK !

BACALAH..BACALAH..BACALAH...

Monday 18 July 2011

 

Majlis Perasmian Bulan Membaca yang diadakan pada hari isnin 11 Julai 2011 telah dirasmikan oleh yang berusaha Guru Besar Pn. Hjh Zainon Bt Abd Latif. Ianya berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh jemputan istimewa " KUNTUM " bersama Si pintar nya yang comel.Pelbagai acara pertandingan telah diaturkan oleh guru yang bertanggungjawab sepanjang bulan Julai khas untuk murid-murid sertai.