PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MINGGU LESTARI 2015

Tuesday 27 October 2015


: Pada 26 Oktober 2015 Majlis Perasmian Penutupan Program Minggu Alam Sekitar Malaysia telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Chabau. Upacara perasmian penutupan program MASM 2015 ini telah dirasmikan oleh Jabatan Alam Sekitar Melaka. Sempena majlis penutupan ini Agensi-agensi luar juga telah di jemput untuk memeriahkan lagi majlis ini. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program Minggu Lestari Sk Chabau 2015, dari bermulanya hari perasmian sehingga hari penutupan  Program Minggu Lestari (MASM) ini,
Terima Kasih.










PROGRAM MINGGU LESTARI

: Sempena minggu Lestari, Sekolah kebangsaan Chabau  telah menjalankan beberapa program sepanjang minggu lestari yang sedang berlangsung. pada 24 Oktober 2015 telah berlangsungnya Taklimat dari wakil jabatan pertanian dan Program hari hijau bersama guru, taklimat ini bertujuan menerangkan bagaimana untuk mejaga tanaman dan mengenal tanaman yang sihat dengan cara yang betul. selain itu Sk Chabau juga telah menjemput penceramah untuk bengkel Composting dari penjara  Sg. Udang untuk  menerangkan dan menunjukan cara-cara membuat baja kompos dengan betul dan lebih jelas. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut.













                                                                                                                                                                                     
                                   

BACAAN YASSIN DAN TAKLIMAT LESTARI

Friday 23 October 2015

: Bacaan Yassin dan Taklimat Lestari  dari Sw Crop yang berlangsung di Surau Ar Rayyan Sk Chabau pada 23 Oktober 2015, jam 9.00 pagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi kerjasama.





CERAMAH PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Thursday 22 October 2015

: Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM 2015), SK Chabau telah mengadakan Minggu Alam Sekitar yang telah berlangsung pada 20 Oktober sehingga 26 Oktober 2015. Sempena minggu alam Sekitar ini, Jabatan Alam Sekitar telah di jemput untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang penjagaan Alam sekitar dan kesihatan, terutamanya pada masa sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. contohny seperti Jerebu. murid-murid juga didedahkan dengan risiko dan penyakit jika tidak menjaga Alam sekitar dan kesihatan.





TAKLIMAT KESIHATAN

Friday 16 October 2015

:Taklimat kesihatan daripada pejabat kesihatan jasin yang telah diadakan pada 15 Oktober 2015, bertempat di Surau Mussolah Ar-Rayyan Sekolah kebangsaan Chabau. taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan lagi kepada murid-murid tentang penjagaan kesihatan dengan lebih jelas dan terperinci.






PERTANDINGAN BACA,EJA DAN KIRA KELOMPOK12 PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Thursday 15 October 2015

: Pertandingan baca, eja dan kira kelompok 12, untuk program pemulihan khas yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Chabau. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. Jutaan Terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan program ini.