PERLAWANAN BOLA SEPAK MSS KAWASAN JASIN

Friday 10 April 2015

: Keputusan Penuh Bola Sepak SK Chabau MSS Kawasan Jasin. 1st Game : SK Chabau vs SK Kemendor, SK Chabau kalah (0-2). 2nd Game : SK Chabau vs SK Seri Bemban, SK Chabau menang (1-0) Jaringan dari Amirul. 3rd Game : SK Chabau vs SK Btg Melaka, SK Chabau menang (1-0) Jaringan dari Adha. 4th Game : SK Chabau vs SK Jasin seri (1-1) Jaringan dari Fitri.
Tahniah kepada peserta dan guru-guru yang telah membantu, walaupun SK Chabau gagal dan tidak layak ke pusingan suku akhir namun ianya percubaan yang baik, kerana sudah 10 tahun sekolah kami tidak menghantar pasukan bola sepak dan penampilan tahun ke 11 ini menunjukkan ramai pemain yang berbakat. Semoga ada peningkatan pada tahun akan datang.


PERKHEMAHAN PASUKAN BERUNIFORM

Monday 6 April 2015

Penyampaian Sijil kepada peserta iaitu, Anis Suaidah binti Mohd Mohlis yang telah menyertai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah (Perempuan) Peringkat Kebangsaan 2015, pada 29 Mac hingga 02 April 2015. bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri (Kem Mutiara) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tahniah kepada beliau.


PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan kawad kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Kategori Putera Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka 2015 dan Penyampaian Sijil Penyertaan Karnival Pendidikan Melaka 2015. bertempat di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau dan diketuai oleh En Ibrahim bin Rasol selaku Guru Besar Sekolah.









PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI MELAKA

Pertandingan kawad kaki Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2015, yang telah berlangsung pada 5 April 2015 bertempat di Dataran PKNM, MITC Ayer Keroh, Melaka. Tahniah kepada Ahmad Faris bin Abdullah telah mendapat pencapaian sebagai ketua platun terbaik. Tahiah juga kepada Sekolah Kebangsaan Chabau yang telah memenangi Pertandingan dengan pencapaian Johan. Terima Kasih kepada guru-guru terlibat yang telah banyak membantu melatih peserta-peserta untuk pertandingan tersebut.