PERJUANGAN KE ARAH KEMERDEKAAN...SATU TITIK PERMULAAN...
Tun Perak
Tun Perak telah dianggap salah seorang
daripada tiga orang pentadbir yang teragung.di alam Melayu pada masa
Kesultanan Melayu Melaka. Beliau mempunyai keperibadian, cita-cita dan
kebolehan yang tinggi murni bagi seorang pemimpin. Beliau merupakan Bendahara
Melaka dalam kurun ke-15 dan merupakan pentadbir yang teragung bersama-sama
dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit dan Raja Kenayan dari Pasai. Beliau
merupakan Bendahara Melaka yang ke-lima dengan gelaran Bendahara Paduka Raja
selepas Bendahara ke-empat iaitu Tun Ali Seri Nara Di-raja.
Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1396. Melaka
telah dinamakan bersempena pokok melaka. Melaka telah dijadikan pentas bagi
pendatang Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris dalam penciptaan sejarah. Di
bawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau serta
dibantu oleh Bendahara Tun Perak, Melaka membangun hingga menjadi kuat dari
segi politik, sosial dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah
menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah
serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di
timur pada suatu masa dahulu.
Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang telah menarik kuasa-kuasa
asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk
Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang
Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah
hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam. Kepesatan
pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara
China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi
pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada
tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap
pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan
Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau
bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak
merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang
gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap
bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh
Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela.
Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan
Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam
sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan
Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di
negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di
kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga
merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan
dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang
ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang
terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan
sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan
penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu
hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu
anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir
maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai “Dikir Pahang”.Hobi
Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa
menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat
Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud,
Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang
anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang
lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti
keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan
hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada
ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya
daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia
berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai
sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau
seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara
pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di
Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat
Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka
bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat
Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang
diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib),
Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam
akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The
Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke
tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula
memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah
dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan
kehilangan banyak darah”. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh
akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum
tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali
beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar
Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris,maka terpaksalah
Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan
akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau
juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama
Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat
Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama
Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untukmengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan
ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung
kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke
Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember
1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang
Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan
orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk
menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah
disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari
selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal
dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau
tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih
lanjut.
Hang Tuah telah dilahirkan di
Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama
Dang Wati. Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan
Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai
pemotong kayu di gerai keluarganya.
Hang Tuah mempunyai
sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi
dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat karib ini telah berlajar
berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit. Keperwiraan Hang
Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang mengamuk di Kampung
Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat berkenaan perkara tersebut
juga telah diserang. Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan
kawan-kawannya.
Hang Tuah terkenal
dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan sanggup berkorban bagi
menunaikan tanggungjawab kepada raja dan negerinya. Beliau juga merupakan
seorang yang bijaksana dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan
tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin
menawan Melaka. Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia” akan sentiasa hidup
dengan bersama-sama dengan wira Hang Tuah.
Dato’ Bentara Luar iaitu Dato’ Muhamad
Salleh bin Perang berjaya
memulakan usaha bagi membangunkan dan membuka Batu Pahat yang dikenali sebagai
Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya
merupakan petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman
dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Beliau juga
merupakan bapa pembangunan bagi negeri Johor berdasarkan usaha-usaha yang
dilakukan oleh beliau. Pada tahun 1893, barulah Dato’ Bentara Luar berjaya
memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan,
kira-kira tujuh batu dari kuala sungai Batu Pahat. Pada 4hb. November 1893,
Dato’ Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke
Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893 dimana Sultan Abu Bakar telah bertitah
kepada beliau untuk membuka Batu Pahat. Dato’ Bentara Luar amat mementingkan
tanggungjawab beliau dalam memajukan Batu Pahat iaitu dengan menyediakan
kemudahan jalan.
Pembukaan rasmi Batu
Pahat telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato’ Muhamad Salleh bin
Perang sendiri dan telah dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan
orang-orang kenamaan tempatan. Pejabat-pejabat kerajaan juga telah diwujudkan
dan disusun dengan teratur. Sistem pentadbiran moden digantikan dengan sistem
tradisional dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu. Batu Pahat mula
berkembang maju di mana Dato’ Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja
memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan dan telah
memainkan peranan yang amat aktif. Orang-orang kampung digalakkan dan digesa
membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa
yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga
di Batu Pahat.
Kebolehan Dato’
Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya
disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan
harmoni di daerah ini. Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato’ Bentara
Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin
Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan
tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896.
Zaman Dato’ Bentara
Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad
Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato’
Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula sistem
pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu
dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.
Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang
termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus
maju pada masa hadapan.
Dol Said @ Abdul Said lahir
dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning
menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun
1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang
ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak
British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning
dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak
British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn
1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir
tempat di sejarah Melaka.
Penghulu Dol Said
telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk
menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan
berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan
tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan
tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta
sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur
ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan
dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832.
Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27
Oktober 1832.
Tan Sri Dato ‘Dr Hj. Abdul Mubin (Mervyn)
Cecil ffranck Sheppard (MCff. Sheppard), PSM, JMN, PPT, CMG, MBE berkongsi
tentang keunikan istimewa, OStJ, ED (meninggal dunia pada 11 September 1994)
adalah seorang ahli sejarah budaya dan warisan Malaysia.
Tan Sri Mubin Sheppard
dilahirkan di Ireland pada tahun 1905.
Pada tahun 1927,
beliau menduduki Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) Peperiksaan Persaingan di
London, dan tiba di Tanah Melayu pada tahun 1928 untuk berkhidmat dengan MCS
hingga 1963.
Beliau berkhidmat
sebagai Komander Syarikat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu Volunteer Force
(FMSVF) dari 1941-1942. Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), beliau menjadi
Prisoner of War (POW). Beliau bersara sebagai Major dalam FMSVF itu pada tahun
1945.
Hadiah Memorial Mubin
Sheppard telah ditubuhkan untuk merangsang pelajar kesedaran tentang warisan
budaya Malaysia.
Senarai buku-buku yang ditulis oleh Tan Sri
Mubin Sheppard
-Tunku Abdul Rahman,
Bapa Kemerdekaan (1957-1970)
-Taman Budiman: Memoirs penjawat awam yang bukan ortodoks
-Singapore 150 Years, 1982 ISBN 9971-65-092-4
-Adventures of Hang Tuah (1984)
-Rejimen Melayu 1933-1947
-Taman Budiman: Memoirs penjawat awam yang bukan ortodoks
-Singapore 150 Years, 1982 ISBN 9971-65-092-4
-Adventures of Hang Tuah (1984)
-Rejimen Melayu 1933-1947
Yusuf Bin Adil atau lebih
dikenali dengan nama Buyung Adil dilahirkan pada tahun 1907 di Teluk Intan,
Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Anson sebelum
mendaftar masuk ke Kolej Latihan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun
1924. Beliau merupakan pelajar terbaik di SITC dan setelah tamat pengajian,
beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang guru di sana. Buyung Adil mula
menulis tentang Sejarah setelah gurunya Cikgu Abdul Hadi Hassan bertukar ke
Kelantan. Pada tahun 1939, beliau telah menulis buku Sejarah Alam Melayu
Penggal IV dan Sejarah Melayu V. Semasa zaman penjajahan Jepun, beliau telah
terpilih untuk menjalani latihan Perguruan Jepun di Tokyo Shihan Gakko, yang
terletak di Kajang Selangor.
Selepas Penjajahan
Jepun berakhir, beliau telah dilantik sebagai guru besar di sebuah sekolah di
Ipoh di mana beliau mula melibatkan diri secara aktif di dalam Perikatan Melayu
Perak. Ini telah menimbulkan kemarahan British yang lantas melantik beliau
sebagai Ketua stesyen radio bagi semua sekolah Melayu yang berpusat di
Singapura. Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan pada tahun 1962,
beliau telah dipilih menjadi ahli Perkhidmatan Awam Singapura dari tahun 1963
hingga tahun 1969. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mengumpulkan
beberapa buku seperti Sejarah Johor, Sejarah Selangor, Sejarah Perak dan
Sejarah Pahang. Beliau turut membantu Tan Sri Senu Abdul Rahman mengumpulkan
bahan untuk buku Revolusi Mental pada tahun 1970.
Pada tahun 1971,
beliau mula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pegawai
Penyelidik Sejarah. Pada ketika inilah beliau telah mengembangkan lagi
kemahiran menulisnya dengan mengumpulkan buku-buku sejarah seperti Sejarah
Sarawak, Sejarah Perlis, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Melaka, Sejarah
Kedah, Sejarah Terengganu dan Sejarah Kelantan yang telah diterbitkan oleh DBP.
Buyung Adil meninggal dunia pada tahun 1978.
Professor Emeritus Tan
Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim (Lahir: Mac 28 1937)
ialah seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau
dilahirkan di Kampar,Perak, Malaysia.
Semasa zaman
persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan
sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperolehi ijazah B.A.
(hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya,
pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah daripada
Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah daripada Universiti Malaya,
Kuala Lumpur pada tahun 1974. Profil kariernya bermula di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur hingga ke hari ini. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, beliau
memulakan kariernya sebagai seorang Tutor. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga
tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya
menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Beliau
dilantik sebagai seorang Professor pada tahun 1974. Dari bulan Mei tahun 1973
hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah
dan kemudiannya sebagai Professor Jabatan Sejarah pada bulan May tahun 1975.
Beliau telah dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota pada bulan Jun tahun 1983
dan pada bulan April tahun 1987, beliau dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka
Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato
Diantara karya
penulisannya adalah Tranformasi & Demokrasi yang diterbitkan oleh Pelanduk
Publications dalam tahun 1971 dan Biografi Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan
Shah yang diterbitkan dalam tahun 1992. Beliau juga terlibat di dalam
organisasi sukarelawan iaitu sebagai Penasihat, Alumni Malaysian University of
Southern California (MUSCA) pada 4 September tahun 1995. Antara lain
penglibatan beliau termasuk menjadi hakim padang dan balapan di Sukan
Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada tahun 1964 dan juga sebagai Pengarah,
Pusat Sukan (Universiti Malaysia) pada bulan April tahun 1995. Sebagai ahli
akademik yang terkenal, Professor Khoo telah menulis beberapa buku berkenaan
sejarah yang diguna pakai oleh murid-murid sekolah hari ini.
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.
Asal-Usul
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang,
dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang
berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang
yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan
Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga
sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan
British.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan
Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus
menabur bakti kepada tanah airnya.
Anugerah
Dato’ Bahaman telah
diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan
gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah
menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara
antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan
Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam
perang Saudara di
Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah
dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat
tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat
dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
Perang Semantan
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar
Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu
bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak
mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di
kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau
menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi
ke Pekan agar perkara itu dapat
disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat
perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato’ Bahaman. Keadaan ini
menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnyamenyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau
menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu,
pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai
British Pahang menyediakan tentera untuk melawan
pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford
dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan
Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British
dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
Buruan British
Pada Januari 1892,
pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan
Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah
dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140
daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen
Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera.
Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat
memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak
dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan
itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan
Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu,
daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan
Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman
menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan
Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh
orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan
penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1982,
Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke
Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan
semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894,
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100
orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894
sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang
kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat
Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan
itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota
polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini
menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford,
Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang
menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan
pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela
dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan
dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau
diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’
Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung
hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar
setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Persetiaan Sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan
pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan
telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang
bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri
mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu
Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan,
Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok
Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’
Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia,
sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun
1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang
Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman
berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula
dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg.
Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam
tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga
kematiannya.
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam
penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerahTambunan sebagai daerah di bawah
kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik
daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama
Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal
daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung diPengalaban, Paitan.
Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai
ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran
Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun
1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat
Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada
tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik
perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan
pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang
dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh.
Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat
Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa
mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan
kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi.
Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru
kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia
digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari
luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan
diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian,
pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun
ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih
Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat
serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan
peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu
dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan
itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, ‘Tugu ini
menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata
North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat
Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang
Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya’.
Pada pandangan
British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata
rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan
keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang
dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan
apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk
kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.
PERJUANGAN
menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tunku Laksamana Antah Ibni
Almarhum Raja Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah)
kelapan bagi kawasan Seri Menanti.
Perjuangan di negeri
itu bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana
Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge
membuka lombong bijih timah di Sungai Ujong (kini Seremban).
Bermula detik itu,
British bertapak di Negeri Sembilan. Kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap
pada April 1874 apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi
pergi ke Singapura untuk bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil
British, Andrew Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air iaitu
menawarkan Sungai Ujong berada di bawah lindungan penjajah itu.
Lebih mengecewakan
apabila pada Ogos tahun sama Datuk Kelana menghantar surat kepada Clarke yang
mengalu-alukan kehadiran seorang residen untuk menasihatinya memerintah Sungai
Ujong.
Bendera Union Jack
akhirnya dinaik dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana
di Ampangan pada September 1874, seterusnya disusuli istiadat tembakan meriam
sebanyak 21 das seolah-olah British cuba memberitahu penduduk yang mereka
berkuasa di Sungai Ujong.
Bagi mengukuhkan
kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk Kelana yang dibantu kira-kira 150 askar
British lengkap bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar
Rahang yang dimusuhinya pada November 1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya
mengaku kalah akibat serangan itu.
Dengan kejayaan itu
pada awal 1875, Residen British pertama di Sungai Ujong, PJ Murray dilantik
untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri Sembilan
jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan.
Bagi mereka, tindakan Datuk
Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk
menjajah negeri mereka.
Hari berikutnya
memperlihatkan yang Datuk Kelana masih tidak menghiraukan pandangan pembesar
lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri
Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan
Jempol.
Tindakan Datuk Kelana
membenarkan British bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan hubungan antara
dirinya dengan pembesar lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya
tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
Pertengahan 1875, di
bawah lindungan British, Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah
oleh Bukit Putus, sebagai sebahagian daripada wilayah miliknya iaitu
Sungai Ujong sekali gus mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan Antah.
Datuk Kelana dan
British bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan
daerah itu sudah menjadi milik mereka pada November tahun sama. Yamtuan Antah
yang semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik
Datuk Kelana.
Residen British,
Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana menganggap perbuatan Yamtuan Antah itu
sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar
undang-undang.
Pada 27 November 1875,
Murray ke Terachi bersama 20 askar diketuai Leftenan Hinxman selain 30 polis
dan masing-masing seorang doktor dan jurubahasa Australia bernama Dominic Daly
pergi ke Terachi, tetapi mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu.
Sehari kemudian,
Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk
mengukur jarak antara Kampung Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi
sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan penduduk seramai 200 orang yang
menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong.
Daly ketakutan, dia
segera meminta bantuan Murray di Sungai Ujong dan Residen British itu bertindak
menghantar pasukan askarnya yang diketuai Hinxman. Kedatangan bantuan tentera
British ke lembah Terachi itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.
Kedatangan British itu
seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan
pasukannya seramai kira-kira 4,000 orang supaya bersedia untuk menghadapi
peperangan.
Kebangkitan Yamtuan
Antah untuk mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan beberapa pembesar
antaranya Datuk Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan
Johol.
Seterusnya pasukan
perang Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberangi Bukit Putus untuk
memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada Murray
supaya tidak lagi mengganggu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh Terachi.
Murray yang ketakutan
melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera meminta bantuan
ketenteraan dari Negeri-negeri Selat.
Keadaan British di
Sungai Ujong semakin genting kerana mereka khuatir penduduk akan menyerang.
Hinxman dan askar lain yang berada di Rasah, segera menggali parit dan membuat
kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan tentera mereka.
Pada Disember 1875,
pasukan Yamtuan Antah seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka
membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong, bantuan British dari Melaka yang
terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan Peyton tiba untuk menentang
kebangkitan penduduk.
Dengan bantuan
tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis
dan enam askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.
Bagaimanapun, sebaik
sampai, pasukan British terlebih dulu diserang penduduk menggunakan senapang.
Bilangan pejuang tempatan yang lebih ramai daripada pasukan Hinxman menyebabkan
musuh hampir dapat dikepung dan ditahan.
Menyedari mereka akan
kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke Rasah.
Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di tepi
Sungai Linggi.
Pada 5 Disember 1875,
British semakin tertekan apabila pasukan diketuai Hinxman gagal merampas
kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang lebih hebat. Menggunakan meriam
milik Datuk Kelana, mereka membedil pertahanan tentera Yamtuan Antah. Penduduk
yang tidak dapat mempertahankan serangan meriam itu segera berundur.
Pada Disember
1875, pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang
kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada
hari itu.
Selepas satu jam
berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang
terbentang di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad
askar mereka berjaya ditembak.
Hinxman dan Peyton
kemudian nekad untuk terus memusnahkan kubu pertahanan tentera Yamtuan Antah.
Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar British dan Arab menuju ke kubu
pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan,
mereka terus diburu askar tempatan.
Tunku Laksamana akhirnya dilantik sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti
BANTUAN tambahan yang
diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai Leftenan
Gabenor Pulau Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang
terdiri daripada 350 askar British yang dibawa dari Melaka.
Kekalahan dalam
pertempuran sebelum itu, menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap
tentera Yamtuan Antah di Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam,
mereka membedil kubu Yamtuan Antah.
Selepas melepaskan 10
das tembakan meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur. Selepas
pertempuran hebat itu mengorbankan 37 askar British dan Arab selain
mencederakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula British.
Pada 10 Disember 1875,
bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar Gurkha seramai 250 orang
berserta pegawainya seramai 32 orang. Pasukan meriam daripada kapal perang HMS
Thistle turut tiba di Sungai Ujong.
Dengan kekuatan
tentera itu, Leftenan Kolenal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong
merancang menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan
pengikut Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru.
Pada 19 Disember 1875,
satu pasukan perang British diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong menuju
Bukit Putus melalui Langkap. Clay pula mengetuai pasukan seramai 280 orang.
Akhirnya berlaku
pertempuran antara pasukan British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan
akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay
bersama pasukannya menuju Seri Menanti.
Menyedari kehadiran
musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa berundur meninggalkan Seri
Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor.
Di negeri itu, Yamtuan
Antah bertemu Sultan Johor, Maharaja Abu Bakar. Maharaja Abu Bakar kemudian
menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan pertolongan Sultan
Johor itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah membuat pertemuan dengan Gabenor
Singapura iaitu William Jervois.
Yamtuan Antah bersama
empat pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui
Gabenor British di Singapura pada November 1876.
Dalam pertemuan itu,
pihak British memikirkan yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk
setempat bagi menunjukkan imej baik mereka.
Lalu Kerajaan British
bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah
lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah kekuasaan Ketua Daerah
masing-masing manakala daerah Sungai Ujong berada di bawah kekuasaan British.
Selepas dua tahun
berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri
Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di Bandar Diraja itu selama 11 tahun
apabila pada 1888, beliau meninggal dunia.
Tamatlah riwayat
seorang pemerintah yang begitu cintakan tanah air sehingga sanggup
melancarkan peperangan bagi mengusir British dari terus menjajah penduduk
tempatan.
Semangat perjuangannya
akan terus kekal diingati dan harap diwarisi seiring kewujudan daerah Seri
Menanti khususnya dan Negeri Sembilan umumnya.
PENGENALAN
Rentap merupakan
seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke.
PENENTANGAN RENTAP
Pada tahun 1853 Rentap
telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton.
Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai
Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan
Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh
ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi
ketua-ketua tempatan.
Brooke turut juga
mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang
mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu
pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang.
Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah
pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu
seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke
ulu Sungai Sekrang.
Dalam pertempuran itu
pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin
dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa
dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap
terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang.
Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan
sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana
diperkuatkan oleh sebatang merian yang dikenali sebagai “Bujang Timpang
Berang”. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan
untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai
Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang
dikenali sebagai “Bujang Sadok”.
Kubu-kubu dan
rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh
kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai.
Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu
kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap
meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan
pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan
Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap
telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
PENGENALAN
Haji Hassan bin
Panglima Mat Munas yang lebih dikenali
sebagai Tok Janggut kerana
memelihara janggut sampai ke paras dada ialah
seorang penentang penjajahan British yang
terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu.
Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak
pengikut di Kelantan.
Biografi ringkas
Tok Janggut
mendapat pendidikan di Mekah dan
mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana
bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok
Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak muridTok Ku Paloh. Selepas Perjanjian
Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan
daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari
segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan
keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah
pengenaan cukai seperti berikut:
·
cukai tanah
·
cukai kepala sebanyak
RM1.00 seorang setahun
·
cukai pokok buah-buahan sebanyak
3 sen setahun
·
kelapa sebanyak 3 sen setandan
·
sireh sebanyak
5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff,
menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja
Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur
Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff,
pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan
tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah.
Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya
mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak
menyenangkan Sultan.
Engku Besar membuat
perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk
tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan
besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan
sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan)
bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu
perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian
menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff
melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan
daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan
ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok
Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok
Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut
dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau
digantung beberapa hari di depan istana di
Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa
terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan
Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan
Tengku Abdul Ja’far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam
Kebun) Tengku Abdul Ja’far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong
Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuagan Tok Janggut
ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang
iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke
semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam
apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar
memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak
mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu,
Kelantan dan seterusnya Siam.
Nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin
Haji Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman
Limbong. Lahir tahun 1285
H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya
berasal dari Patani dan Terengganu. dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu
Islam sejak kecil di Mekah. Di antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah
seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan
dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya
daripada Tok Ku Paloh.
Haji Abdul Rahman
Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat
Sammaniyah.
Pendakwah
Setelah menguasai ilmu
yang padu dan memadai, Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di
Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu,
antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani
mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai
ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa
Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr
ats-Tsamin.
Kitab fekah bahasa
Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir
dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya
dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji
Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke
beberapa buah negeri di dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang
pernah menerima kunjungan beliau adalah Beserah dan Kuantan di Pahang,
Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan
Brunei.
Dalam pelayaran di
laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu
sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan
juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan
perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100
hingga 350 tan.
Pejuang
Dalam tahun 1920-an,
Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga
ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh
penjajah Inggeris.
Sungguhpun Haji Abdur
Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam selok belok
persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah
menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di
mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.
Haji Abdur Rahman
Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat
itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan
orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama
dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.
Dibuang Negeri
Walau bagaimanapun,
menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdur Rahman
Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan
Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun
1928. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal
dunia di sana.
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang
merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya
tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang keturunan Daeng Salili,
Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari DaerahLuwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya.
Pejuang bangsa
Pandak Lam kemudian merupakan
pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di
Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja
(lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat
pakatan untuk membunuh James
Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.
Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar-pembesarnya pada 21
Julai 1875.
Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang
bersidang dari 14
Disember hingga 22 Disember1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
::Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah::
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8
Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai “Tunku”, beliau juga
dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.
Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepadaSultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang
ke-24. Bondanya Cik
Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah
gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak
sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukanbola sepak kampung.
Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah
Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di
sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris.
Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini
dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di
sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quranpada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang
sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku
pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang
Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin.
Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor
Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima
pendidikan di United
Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku
tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid (‘kulit berwarna’) masih
diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya,
pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar
ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang
dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards
di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang
berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama
rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada
jurusan sastera (Sejarah).
Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan
kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada
di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa
jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak,
beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan
undang-undang di Inner
Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas
sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun
1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada
tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada
tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku
bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping
bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena
nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang
ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir.
Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan
meletus di Eropah. Pada
1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am
Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah
airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik
ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu
Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim,
dekat dengan Kulim, di bawah
jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati
dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan
Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor
Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor
dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun
memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang
pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun
1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai
presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul
Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu,
Tunku menyertai “Persatuan Pelajar India Islam” yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold
George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan
menjadi peguam pada
tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan
bola sepak antarabangsa yang digelar “Pesta Bola Merdeka” pada tahun 1957. Pada
tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita
kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di
Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang
Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana
menghidapi penyakit malaria di
Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson,
bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya diGeylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini
direstui kerana berketurunan Arab yang
ternama dan kaya di [[Kedah]. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang
anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu
Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang
berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang
cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan
untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau
kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di
mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu,
dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah
hebat di kalangan kaum Melayu di
tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh
Britain. Datuk Onn
Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia)
dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO
memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku
dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20
tahun.
Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang
pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi
51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri
Malaya yang pertama. MIC yang
mewakili kaum India kemudian
menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London
untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak “Merdeka!”.
Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman
suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan
lambang kemerdekaan Malaysiayang
biasa.
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan
memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun
1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya,
Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada “Persatuan
Wartawan Asing Asia Tenggara” pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri
tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan
pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%.
Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti
Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai
sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada
pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba
membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana.
Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya
Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau
tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan
Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di
Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan
Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih
untuk “memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak
mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat” berbanding kaedah
yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan
Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian
digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),
pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan
Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu
mencetuskan rusuhan
kaum pada 13 Mei di
Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul
Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN,
sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan
pada 22
September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh ‘Turki Muda’ yang terdiri daripada penentang-penentang
parti seperti Dr
Mahathir dan Musa Hitam.
Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960,
Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri
kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga
setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada “Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa” yang pertama, suatu peristiwa yang
diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan
tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah
institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden “Majlis
Da’wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik” (RISEAP) dari 1982 sehingga
1988.
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.
Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat
surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya.
Ruang-ruangnya, “Mengenang kembali” (“Looking
Back“) dan “Sebagaimana yang Saya Perlihatkan” (“As I See It“) kritis
kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan
surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan
bekas Perdana Menteri, Tun
Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar “UMNO
Malaysia”, tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan
UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang
merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku
Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46
dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di
Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87,
dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
::Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein::
Tun
Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari
tahun 1970 sehingga
1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar
Ekonomi Baru (NEP) (1971)
yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah
membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas
kematiannya, beliau telah dikenang sebagai “Bapa Pembangunan”.
Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein
bin Mohd Taib dan Hajah Teh
Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku
kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn,
ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri
Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak,
Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.
Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan
kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian
dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul
Razak bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939,
beliau ditawarkanbiasiswa untuk
menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940.
Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada
tahun 1947 untuk belajar
jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku
Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk
memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih
sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu.
Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan “Forum Malaya”, sebuah wadah untuk
perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya
daripada Lincoln’s
Inn di London.
Kerjaya
Selepas kepulangannya, Abdul
Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.
Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak
berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada
Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur
hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada
Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi
Februari 1956 yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut
kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
Selepas pilihan raya umum 1959,
Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang
portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan
Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama
termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai “Buku Merah”.
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969,
puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan
Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22
September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang kedua.
Abdul Razak termasyhur dalam
pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEP) pada tahun 1971. Beliau dan “generasi
kedua” ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan
ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman.
DEP menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
·
menghapuskan kemiskinan; dan
·
menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada
1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan
ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional”
melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak
meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan
disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.
::Tun Hussein bin Dato’ Onn::
Tun
Hussein bin Dato’ Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang
yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapaiperpaduan kaum dan mempunyai reputasi
untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan
perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia,
Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai “Bapa Perpaduan”.
Asal-usul
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’ Onn menerima pendidikan awal
di English College(kini Maktab
Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Malangnya pendidikan beliau tidak
dapat diteruskan selepas menamatkan Senior
Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Tun Hussein
terus menyertai Pasukan Tentera Johor (Johor
Military Forces) dan menjalani latihannya di Maktab Tentera
Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan beliau menyertai Regimen
Hyderabad ke-19.
Bermula tahun 1942 Tun Hussein
terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan
Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, Tun Hussein
ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New
Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan
melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan
Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan
gerila terhadap Jepun.
Apabila Perang Dunia Kedua
tamat pada tahun 1945, Tun Hussein kembali ke Tanah Melayu dan memulakan
tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Beliau kemudiannya
bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian
yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama
6 tahun berkhidmat dalam tentera, Tun Hussein dikenali sebagai seorang yang
berdisiplin dan menepati masa.
Kemudiannya Tun Hussein menjadi
ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Beliau dihantar ke beberapa tempat di
Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Semangat Datuk Onn Jaafar menentang
Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya
menentang Malayan Union. Tun Hussein kemudian menyertai ayahandanya dalam
bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung.
Apabila UMNO ditubuhkan, Tun Hussein dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung
UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada
usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul
Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Di samping penglibatannya dalam
politik, Tun Hussein memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di
Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950
beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki
Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
Walau bagaimanapun penglibatan Tun Hussein mulai pudar apabila
cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat
diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari
UMNO, Tun Hussein kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan
kemudiannya Parti Negara. Tun Hussein kemudiannya meninggalkan alam politik
apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang diLincoln’s Inn,
England dan lulus pada tahun 1958.
Sekembalinya ke tanah air Tun
Hussein membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau
telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan
mempunyai 6 orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO
semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Yang Di-Pertua
UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Tun Hussein dilantik sebagai ahli
jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau
telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai
kepercayaan atas kebolehan beliau mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi
kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Tun
Hussein memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.
Masa muda
Dilahirkan di Johor Bahru,
Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato’ Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
pada tahun 1946. Bondanya
Datin Halimah Hussein.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau
Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini
digelar “Maktab
Sultan Abu Bakar“), Johor Bahru.
Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertaiPasukan Tentera Johor sebagai kadet pada
tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai
pengajar di “Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya” di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut,
beliau menyertaiPerkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong
Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk
bekerja di negeri Selangor,
di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
Pendidikan
o English
College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge.
·
1940 – Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
·
1958 – Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London
·
·
Kerjaya
politik
·
Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai
semangat nasionalisme dan
akar politik yang
mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai
politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi
Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang
pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung.
Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan
oleh ayahandanya.
Oleh
sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln’s Inn dan
berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur.
Kebangkitan untuk berkuasa
Hussein
Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau
bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik
sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan
pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagaiTimbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.
Hussein
Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui
dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat. Ketika menjadi
Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan Allahyaraham Tun Abdul
Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari sasaran Dasar
Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup
kaum Melayu yang
agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu. Dengan
itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu
dana amanahbumiputera yang
bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera
dalam ekonomi negara.
Hussein
Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan
perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga diperbesar dan dipermodenkan
kerana kekalahan Vietnam
Selatan oleh pihak komunis yang menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.
Hussein
Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu,
beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana
Menteri atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh
timbalannya, Mahathir
bin Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn
dikurniakan dengan gelaran Tun yang
merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
Peranan dan sumbangan
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970
apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato’Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato’Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO
tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang
dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato’Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan
kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato’Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos
1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato’ Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah
mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis
Tertinggi pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn telah disahkan
sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato’Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn
menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana
Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn telah meneruskan agenda
pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’
Hussein khususnya dalam menggerakkan ‘Dasar Ekonomi Baru’. Sebagai seorang
perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn fasih tentang hal ehwal
keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah
diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu
gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya
cita-cita ‘Teori Domino’ komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras
pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan
malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi
gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato’Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia
meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar
dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar
Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan
ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn berjaya mengawal keadaan
dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato’Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia
yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato’Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi
ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn
melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi
negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar
menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang
keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato’Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan
Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato’Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato’ Seri Dr
Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.
Selepas persaraan
Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein
meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau
memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein
juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik
dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein dengan Dr. Mahathir
menjadi buruk, dan beliau menyokong ‘Team B’ bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun
Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Mahathir.
Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat
Perubatan Seaton, San
Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung,
dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan.
Isterinya Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak
lelakinya, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Kemudian
selepas Permulaan pentadbiran Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Seri
Hishamuddin dilantik pula sebagai Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya, anak
perempuan sulungnya, Datin Roqiyah Hanim, meninggal di Kuala Lumpur pada 17
September 2005 sewaktu berumur 56, kerana menghidap penyakit barah payu dara.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn adalah seorang
yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal
negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.
Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn seorang
yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato’Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan
komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato’Onn adalah seorang negarawan yang disegani dan dihormati.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn terkenal dengan sifat merendah diri serta
jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin.
Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn akan sentiasa dikenang
sebagai ‘Penyambung Warisan Yang Terbilang’. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato’Onn juga dikenali sebagai ‘Bapa Perpaduan’ kerana berjaya memupuk semangat
perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah
disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh
sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato’Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang
stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh.
::Tun Dr. Mahathir bin Mohamad::
Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير
بن محمد, dilahirkan pada 20
Disember1925). Beliau amat
popular dengan gelaran “Dr.
M” dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan
dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan
keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui
pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau
bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa
yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang
penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalismeautokratik
yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan
kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek
mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan Koridor
Raya Multimedia (Multimedia
Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai
“Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
Latar
belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai “Dr. M” dan
nama penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau
merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan
Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India,
anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari [Kerala], India) dan
ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki
Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di
sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul
Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui
negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di
segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan
kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan
golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau
bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik
dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain
di dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa
yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang
penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh
negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan
kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil
pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur
City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC),
yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai
“Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada
Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi
di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui
perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara
selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan
pelajaran di Government
English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932.
Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah
tersebut. Sewaktu Perang
Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan
kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau
ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya
dan keluarga
Pada tahun 1954,
Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti
Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata,
iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau adalah:
·
Maizura
·
Mazhar
Pada tahun 1957,
beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan
anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada
ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah
ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan
kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam
kempen menentang Malayan Union.
Apabila UMNO ditubuhkan
pada 1946, beliau adalah
salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi
Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak
sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan
dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan
kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau
hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil
bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti
sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis
Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh
calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau
mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai
kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969,
Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum
suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik
cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969,
Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu
telah diharamkan pada tahun 1970 dan
pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan
dilantik sebagaisenator pada
tahun 1973. Beliau
bertanding di Kubang
Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas
pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun
Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden
UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia
secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik
Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana
Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan
Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah
Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr
Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir
kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.
Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani
pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL),Kuala Lumpur.
Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut
Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran
darah arteritersumbat.
Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
di Hospital
Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr
Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5
jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang,
Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal
Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo
di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan
pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.[2]
Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah
dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut
disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne
bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab
UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne.
Kontroversi
Krisis perlembagaan
Pada tahun 1983 dan 1991,
Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja
dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan
menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan
tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas
30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk
undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang
berada di bawah bidang kuasa mereka.
Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah
Agung, Mahathir dipercayai[perlu rujukan] merencanakan
pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim
Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini
dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya
bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif
telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.
Pemecatan Anwar Ibrahim
Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa
Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan
kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan
nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut.
Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme
dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat
kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali
sebagai “Gerakan Reformasi” dan tertubuhnya Parti
Keadilan Nasional(PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR
hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir
pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya
memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang
dimenangi oleh isteri Anwar, Dr
Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat
kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi
31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di
Malaysia.
Keluar UMNO
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti
UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan
UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir
mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai
Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy
adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman
keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor
Star, Kedah.
Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat
dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan
sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang
juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan
tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak
mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO.
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan
perdana menteri, Tun
Musa Hitam berkata ‘duri dalam daging sudahpun terkeluar’ dan
pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu
dan konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu.
Sehari selepas perlantikan
secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr.
Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani
telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut
berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan
inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara
yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal
dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecualiTun Abdul Razak,
yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato’ Onn Jaafar keluar
dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa
tidak dipersetujui. Tunku
Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula
meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana
berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama
lebih 22 tahun.
Penulisan blog
Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul
1:27 AM, dengan penulisan beliau “The
Appointment of Judges“. Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke
laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya.
Kini blog beliau terletak
di http://www.chedet.cc/
::Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi ::
Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysiake-5, mewarisi kepimpinan
daripada Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam
Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September
2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa
jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri
kerana menyokong ‘Team B’ dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota
kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang
pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada
tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr.
Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr.
Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Biodata
peribadi
Dilahirkan dalam keluarga yang
warak di Kampung Perlis, Bayan
Lepas, Pulau
Pinang, beliau menerima pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajamdan
di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar
Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak
dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk
belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang
Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada
tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong
Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir
negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya
dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada
tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan
Allahyarhamah Datin
Seri Endon binti Dato’ Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan
dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas
bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2
tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan
melangsungkan akad
nikah pada 9 Jun2007.
Beliau dikatakan mementingkan
menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang,
beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau
menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran
beliau ialah ‘Julius
Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak
mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Badawi sendiri pernah
menulis sebuah Puisi ‘Ku
Cari Damai Abadi‘ yang mendapat sambutan baik daripada para
sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek
Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang
dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam
prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis
: ‘… Puisi itu pun sebuah puisi
yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan
yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam,
luas lagi suci.’
Kulit
Buku ‘Ku Cari Damai Abadi’
Antara peristiwa dunia yang
meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau
untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.
Beliau juga sangat berminat
dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri
atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin
bermain golf, melakukan
senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan
pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya –
serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod
Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni
ukiran kayu, serta anyaman rotan.
Kerjaya
dan politik
Menyertai UMNO
Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978,
beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara
(kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga
kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah
dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan
dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung
UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 –
2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr
Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam
UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr
Mahathir digelar ‘Team A’ manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri
Kewangan, Tengku
Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan SriMusa Hitam digelar
‘Team B’. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang
daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang
penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai
Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan
jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri.
Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
o Setiausaha Parlimen di
Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
·
Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah
Persekutuan (1980-81)
·
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
·
Menteri Pelajaran (1984-86)
·
Menteri Pertahanan (1986-87)
·
Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 – Januari
1999).
·
Sebagai
Timbalan Perdana Menteri
Kerjaya
politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana
Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas
pemecatan Anwar
Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah
membatalkan pengharaman KitabIban.
Seterusnya, Abdullah
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada
Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober
2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri
Abdullah
Badawi dengan George W. Bush
Sejak
menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada
agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan
rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas
beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh
orang ramai.
Abdullah
juga mengemukakan Islam
Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok
dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10
September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang
ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar
pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana
menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan
rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
Dikenali
dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan
untuk “Pak Cik Abdullah”), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan
bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen
rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih
boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan
nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari
2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Pasca Perdana Menteri
Selepas melepaskan
jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di luar
negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut
Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).
Sebagai Presiden Barisan Nasional
Apabila
Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau
sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan
pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai
kemenangan besar untuk Barisan Nasional,
parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya
menewaskan PAS yang
merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai
tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme
agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September
2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar
Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji
Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah
keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas
kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri
Malaysia apabila menyapu banyak kerusi padaPilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima
tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal
mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan
di 4 buah negeri iaituSelangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada
parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.
Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat
bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana
Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya
tersebut.
Melepaskan jawatan Perdana Menteri
Abdullah tidak menawarkan
diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini
kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau
sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa
mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan
sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset
terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari
juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah
kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh
itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
Kontroversi
Setelah
gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric
Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran
Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih
dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam
ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun
Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang
membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz
Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. Kerajaannya
juga cuba mengawal sumber-sumber “bawah tanah” seperti laman web, forum dan
blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai “tidak
punya kredibiliti”. Di bawah Bill of Guarantee MSC,
kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha
untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.
Kebebasan media
Abdullah
juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana
sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk
bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan
memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan
menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. Ini telah diikuti oleh suatu
siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman
seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media
tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan
penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti
Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang
dicabar.
Pembubaran Parlimen
Malaysia pada 13 Februari 2008
Abdullah
Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik
pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008. Ini kerana beliau telah
berjanji pada 12
Februari 2008 bahawa
pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.
Walau
bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13
Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan
Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang
bayangan mengenai pembubaran parlimen.
Fakta bercelaru tentang daya
saing Malaysia
Pada
28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan
dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007
(World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan
kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas,
manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam
dunia.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar
Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan
keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha
yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia
telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing
Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya
setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di
seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Anwar
berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa
sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi
bertaraf global.
Usul undi tidak percaya
Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAPmengemukakan usul undi tidak percaya
terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)
dan (2). Usul itu “Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak
percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri
beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan
rakyat terhadap integriti kerajaan.” Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7). SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee bertindak
keluar dari Barisan
Nasional kerana tidak lagi mempercayai Datuk Seri Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP
tetapi membatalkan hasrat itu.
Serah ‘blok minyak RM320b’
kepada Brunei
Pada
30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa
penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua
blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak
sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial
Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang,Sarawak.Ia ‘dinafikan’ oleh beliau yang
berkata bahawa sumber di ‘blok L dan M’ di Laut China Selatan yang dirujuk oleh
Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian
wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40
tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.
Anugerah
Tahun
|
Nama Anugerah
|
Daripada
|
2010
|
Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) – Datuk
Seri Utama
|
Persekutuan
|
2009
|
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) – Tun
|
Persekutuan
|
2007
|
Bintang Republik Indonesia Adi Pradana
|
Indonesia
|
2005
|
Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin
(S.U.M.Z.)
|
Terengganu
|
2004
|
Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)
|
Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
|
2004
|
Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)
|
Cuba
|
2004
|
Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) – Datuk Seri
Utama
|
Melaka
|
2004
|
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat
Pertama (D.K.J.)
|
Johor
|
2003
|
Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) – Datuk
Patinggi
|
Sarawak
|
2003
|
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) –
Dato’ Seri Diraja
|
Perak
|
2001
|
Fellowship Kehormat
|
Institute of Engineers Malaysia
|
2001
|
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail
(S.S.S.J.) – Dato’ Seri Diraja
|
Perlis
|
2000
|
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) –
Datuk Seri Utama
|
Negeri Sembilan
|
2000
|
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
(S.P.M.S.) – Dato’ Seri
|
Selangor
|
1999
|
Fellowship Kehormat
|
London Chartered Institute of Marketing
|
1999
|
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang
Amat DiMulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) – Dato’ Seri
|
Pahang
|
1999
|
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) – Datuk
Seri Panglima
|
Sabah
|
1997
|
First Class Order Of Friendship Of DPRK
|
Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
|
1997
|
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) – Datuk
Seri
|
Pulau Pinang
|
1994
|
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most
Exalted Order Of The White Elephant
|
Thailand
|
1994
|
Grand Cross Of The Order Of Merit
|
Chile
|
1992
|
Dato’ Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) –
Dato’
|
Selangor
|
1992
|
Anuguerah “Qwang Hwa Chang” dari Republik Korea
|
Republik Korea (Korea Selatan)
|
1991
|
Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure
|
Jepun
|
1987
|
Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western
Michigan, Amerika Syarikat
|
Amerika Syarikat
|
1983
|
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh
Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan
|
Republik Korea (Korea Selatan)
|
1981
|
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) –
Datuk
|
Pulau Pinang
|
1979
|
Darjah Johan Negeri (D.J.N.)
|
Pulau Pinang
|
1974
|
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
|
Persekutuan
|
1971
|
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
|
Persekutuan
|
YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji
Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6)
terkini sejak 3
April 2009,
selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung
kepada bekas perdana menteri Malaysia yang
kedua, Tun
Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik,
beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah
bangsawan Makassar iaitu
susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di
Gowa, Sulawesi selatan.
Latar belakang
Dato’ Seri Najib dilahirkan
di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung
kepada Tun
Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah
Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib
berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan
mendapat tiga anak: Mohd
Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri
Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin
dengan Datin SeriRosmah
Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib
dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk
Hishamuddin Tun Hussein.
Pendidikan
Najib mendapat pendidikan
rendah dan menengah di Institusi
St. John, Kuala Lumpur,
dan kemudian belajar di Kolej
Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Beliau mendapatIjazah Sarjana Muda dengan Kepujian
dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada
tahun 1974.
Politik
Najib mula menceburkan diri
dalam arena politik setelah
kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding
merebut kerusi Parlimen Pekan yang
kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli
parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri
paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada
tahun 1978 ketika
usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling
muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
·
1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
·
1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
·
1982-1986 – Menteri Besar Pahang
·
1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
·
1995-1999 – Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga
Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979.
Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan
negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO
Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai
ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai
tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi
Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan
itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak
bertanding Naib Presiden UMNO.
Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah
UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula,
beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding
jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib
Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004,
Najib dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan
Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan
tiket Barisan Nasional .
Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan ,
negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan
mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul
Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat
9,798 undi -kalah .
Kontroversi
Najib telah menjadi sasaran
pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kencaman-kecaman yang dilemparkan gagal
memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan
bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya
dibatalkan. Terdapat juga dimana kenyataan bersumpah dialakukan atas nama orang
lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa
Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Pihak pembangkang
terutamanya tidak mahu Najib naik semakin Presiden UMNO dan Perdana Menteri
kerana khuatir sokongan pada UMNO dan BN akan pulih semula.
Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa
Rencana
utama: Isu
Najib-Altantuya
Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah
didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah
bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di
sebuah kelab di Parispada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam laporan Liberation 5
March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka
berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh
politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan
sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik
kerajaan.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu
wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali
wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil
Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut
mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini
dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan
tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan
saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi
daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah
pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu
dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila
tangannya dilihat masih bergerak.[perlu
rujukan]
Dubus, wartawan Perancis yang
berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu –
berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan – dalam
projek bukunya akan datang.
Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia
Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy
Prime Minister pada 11 Oktober 2008 tuduhan
pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka
yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan
bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS
tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa
soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib
bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari
awal-awal lagi. Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi
bukti berkenaan tuduhan ini.
Perhimpunan Kampung Baru 1987
Dakwaan Malaysia sebuah Negara secular
Ketika krisis dalaman UMNO pada
tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru.
Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul “The political revival of
Malaysia’s Anwar” mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa
perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti “13 Mei
telah bermula”, dan “Basahkan keris dengan darah Cina”.Perkara ini menyebabkan
ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan
kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi
lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan. Perkara ini telah dinafikan oleh
Najib dalam sidang Dewan Rakyat.
Dalam mengekalkan stategi UMNO
untuk mempolitikkan isu perkauman dan agama, Najib mengisytiharkan Malaysia
“tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud
pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara.”
Perkauman
Chin Huat Wong dalam Asia Times
Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO,
Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia
bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. Perkara ini telah
dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. Tiada ada bukti
bergambar atau rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut.
Kecekapan dan kemampuan diragui
Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad sebagai
berkata “Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan
bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk
Obama,”
Semasa menjawat Perdana Menteri
Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3
April 2009, beliau telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi
setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar
belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu
dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat
apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada
banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan
pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.
Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk
Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk
perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun
2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One
Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik
‘Middle Malaysia” yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan
oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih
teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini
adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu
matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak
Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini
menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana
mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan
kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan
visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah
murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau
dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia
untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini
telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu
konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini
terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi
muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di
bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras
asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan
pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara
terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan
afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti
ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan
ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan
diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari
Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan
sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti
mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana,
“Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya”. Jika kita
mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009
Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah
pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras
utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang
beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep
toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada
penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan
keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini
termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang
berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di
hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas
persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan
yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita
perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya
terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga
melupakan matlamat besar bersama.