SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Monday, 27 July 2015


: Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung pada 25 Julai 2015 (Sabtu), bertempat di Sekolah Kebangsaan Chabau. Sambutan ini telah disambut dengan meriah oleh warga Sekolah Kebangsaan Chabau. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat. 
"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin"
















MAJLIS PENUTUP PROGRAM JOM SOLAT DAN IHYA' RAMADHAN

Tuesday, 14 July 2015

: Majlis penutupan program Jom Solat dan penutupan Ihya' Ramadhan dan Khatam Al-Quran telah diadakan di Sekolah kebangsaan Chabau pada 14 julai 2015, bertempat di Surau Sekolah kebangsaan Chabau. Majlis ini di rasmikan oleh Guru besar SKC iaitu En Ibrahim bin Rasol dan  Majlis khatam Al-Quran pula di ketuai oleh Ustaz Mohd Khairul bin Ahmad. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kesedaran kepada semua dan In sha Allah akan bertemu kembali pada Ramadhan yang akan datang.










PROGRAM BULAN RAMADHAN

Friday, 3 July 2015

: Alhamdulillah.. sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Sekolah kebangsaan Chabau telah menjalankan program memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada semua warga Sekolah kebangsaan Chabau pada hari jumaat bersamaan 16 ramadhan 1436H. Semoga dengan program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara seluruh warga SK Chabau di bulan yang mulia ini. Terima kasih kepada semua warga Sekolah yang telah berusaha untuk menjayakan program ini.















PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI

Monday, 22 June 2015


: Pelancaran program sekolah lestari anugerah alam sekitar telah berlangsung di dataran Ilmu Sekolah kebangsaan chabau pada 22 Jun 2015. program ini bertujuan untuk mengumpulkan bahan buangan ataupun bahan terpakai untuk di kitar semula. dengan bahan-bahan buangan yang telah di kumpul, boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif menggunakan bahan tersebut mengikut kreativiti. program ini bertujuan untuk mengurangkan bahan buangan dan bahan buangan tersebut masih boleh digunakan.