PERASMIAN MINGGU BAHASA MELAYU

Tuesday 25 October 2011

24 Oktober 2011- Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu 2011 yang dirasmikan oleh GPK 1, Pn Hjh Azizah Bt Hussin. Majlis  diakhiri  dengan persembahan murid tahun 6.

GST? harga barang naik @ turun ?

Thursday 20 October 2011

Taklimat yang  telah dihadhiri oleh Guru Besar dan seorang guru bagi setiap sekolah Daerah Jasin yang diadakan di Dewan Seminar PPD Jasin telah berjalan dengan lancar. Taklimat tersebut bertujuan menerangkan kepada guru- guru kefahaman tentang apa itu GST ? Dengan menghadiri taklimat tersebut,maka sedikit sebanyak memberi kafahaman kepada kita tentang GST ( Cukai Barang dan Perkhidmatan ) yang akan dikuatkuasakan pada masa yang akan ditetapkan. Ianya bertujuan menghapuskan semua cukai yang ada termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada dan menggantikan dengan GST yang hanya dikenakan sebanyak 4 % keatas barangan yang diniagakan. Bersamalah kita fikir-fikrkan sama ada ianya memberi impak positif atau negatif, dan bersedia menerima apa sahaja pembaharuan yang dibuat kerajaan jika ianya bertujuan demi kemaslahatan rakyat semuanya.

PERKHEMAHAN 2011

Thursday 13 October 2011

Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Badan Beruniform SK Chabau 2011