TAKLIMAT LESTARI DAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Thursday 28 May 2015

: Program Taklimat Lestari ini di adakan pada 23 Mei 2015, bertewmpat di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Chabau. taklimat ini di sampaikan oleh Puan Roslina, iaitu sebagai penyelaras sekolah lestari. taklimat ini dihadiri oleh semua guru dan staff sokongan serta pekerja swasta. selepas taklimat tersebut, berlangsungnya perlantikan ahli jawatankuasa bagi pengagihan tugas dalam bidang pengurusan, penghijauan, kokurikulum serta kurikulum.








: Murid-murid sedang membuat "Frame" menggunakan kotak terbuang  untuk program penglestarian sekolah.







TAKLIMAT LADAP

Tuesday 26 May 2015

: Taklimat Ladap kali ke 5 Sekolah Kebangsaan Chabau. berlangsung pada 23 Mei 2015 (sabtu), bertempat di Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Chabau. di ketuai oleh Guru Besar SK Chabau iaitu En. Ibrahim bin Rasol  dan En Abd Talib bin Hassan.










PROGRAM MOTIVASI

: Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Chabau, anjuran Kolej Dato' Onn. yang dirasmikan oleh YB Datuk Ghazale Muhamad. berlangsung di Sekolah Kebangsaan Chabau pada hari Jumaat hingga Ahad bersamaan  22 Mei hingga 24 Mei 2015. Semoga dengan Program Motivasi ini dapat membantu murid-murid ke arah yang lebih baik dan menjadi pelajar yang cermerlang.









LAWATAN PANEL

Wednesday 20 May 2015

: Lawata panel bilik BOSS peringkat kebangsaan ke Sekolah Kebangsaan Chabau pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2015.




SAMBUTAN HARI GURU 2015

: Sambutan hari guru telah berlangsung pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2015, bertempat di Sekolah Kebangsaan Chabau. Terima kasih kepada semua dan  mantan Guru Besar, mantan GPK serta mantan YDP PIBG yang hadir untuk menyambut dan meraikan sambutan hari guru pada tahun 2015. 








BOLA SEPAK KAWASAN JASIN

Wednesday 6 May 2015

: MSS Bola Sepak Jasin. berlangsung pada 05-07 Mei 2015, 2 pelajar Sekolah Kebangsaan Chabau telah terpilih mewakili pasukan bola sepak kawasan jasin. iaitu Muhammad Ainul Hakim dan Mohammad Teftazani Fitri. keputusan penuh perlawanan: Jasin vs Tanjung 1-1, Jasin vs Ayer keroh 1-4, Jasin vs Bkt cina 0-2. tidak ada rezeki untuk ke peringkat seterusnya. Tahniah kepada semua peserta kerana telah berusaha. semoga pada Tahun akan datang akan lebih bersemangat.


KLINIK UPSR

: Program "Klinik UPSR anak-anak Dun Rim" , yang telah berlangsung pada 24 April 2015, bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Chohong, bertujuan membantu meningkatkan motivasi kepada  pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki perperiksaan Tahun 2015. semoga dengan Program yang dijalankan dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi  usha untuk berjaya pada tahun ini.




PERTANDINGAN SAHIBBA


: Sekolah Kebangsaan Chabau telah menyertai pertandingan "Sahibba" saringan Sekolah Menengah dan Rendah peringkat Negeri Melaka Tahun 2015. berlangsung pada 30 April 2015 bertempat di SMK Malim. Tahniah kepada Nur Danisha Auni bte Nurhafidz, peserta dari SK Chabau telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.




Peringkat Akhir pertandingan "Sahibba" Sekolah Menengah dan Rendah peringkat Negeri Melaka Tahun 2015. berlangsung pada 14 Mei 2015 bertempat di Hotel D'village Resort Ayer Keroh. Tahniah kepada peserta dari SK Chabau telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sahibba peringkat negeri Melaka.