ALBUM 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015
Pada 28 March 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Chabau, berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39/2015. Terima Kasih kepada semua ibubapa yang hadir untuk menjayakan mesyuarat ini. Selain itu, SK Chabau juga mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada YB Datuk Ghazalee bin Muhamad yang telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ini. 





PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Pertandingan kawad kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Kategori Putera. Sekolah-sekolah Rendah Daerah Jasin. telah berlangsung pada 26 March 2015, bertempat di Dataran Kawad Kaki IPD Jasin. Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Chabau kerana telah memenangi pertandingan dengan pencapaian Johan. Terima Kasih kepada guru-guru yang terlibat yang telah banyak membantu.





PERTANDINGAN BERCERITA
Pertandingan bercerita peringkat daerah kawasan  jasin, telah berlangsung pada 26 March 2015.  Sekolah Kebangsaan Chabau telah mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. walau bagaimanapun Tahniah kepada peserta yang terlibat. terima kasih juga kepada guru yang telah banyak membantu dalam pertandingan ini.




PERLAWANAN PERSAHABATAN

Perlawanan persahabatan bola sepak bawah 12 Tahun, diantara pasukan SK Chabua menentang pasukan JDT Junior. berlangsung pada 14 March 2015 bertempat di padang bola sepak kampung Chabau.




PERLAWANAN PERSAHABATAN

 Perlawana Persahabatan Bola Jaring di antara Sekolah Kebangasaan Chabau berlawan Sekolah Kebangsaan Kemendor dan Sekolah Kebangsaan Masjid Baru berlangsung pada sebelah petang pada 10 March 2015 (Selasa). Perlawanan bersama Sekolah Kebangsaan Masjid Baru, SK Chabau berjaya menjaringkan 15 Jaringan.  manakala Perlawanan bersama Sekolah Kebangsaan Kemendor, SK Chabau hanya dapat menjaringkan 4 jaringan sahaja. 



PELANCARAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pelancaran program pemulihan khas yang telah berlangsung pada 02 March 2015 di Dataran Ilmu Sk Chabau, pada Perhimpunan rasmi pada pagi Isnin. program ini telah di Rasmikan oleh Guru Besar Sk Chabau iaitu En Ibrahim bin Rasol. 




PENYAMPAIAN HADIAH SEPAK TAKRAW
Penyampaian hadiah dan sijil, kepada peserta Sepak Takraw MSSM, yang telah sampaikan
oleh Tuan Abdul Talib bin Hassan pada 16 february 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Chabau. Tahniah kepada regu SK Chabau yang telah mendapat tempat ketiga peringkat kawasan Jasin. Semoga dapat meningkatkan lagi usaha dan berlatih dengan lebih gigih untuk
 tahun yang akan datang.




PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN GIGI
Pada 12 februari 2015 di Sekolah Kebangsaan Chabau, murid-murid telah didedahkan dengan cara-cara penjagaan gigi dan langkah-langkah pembersihan gigi dengan betul. Diketuai oleh salah seorang kakitangan dari klinik kesihatan yang berhampiran.




TAKLIMAT KESIHATAN
Taklimat kesihatan yang berlangsug pada 13 february 2015, bertempat di Surau Sekolah Kebangsaan Chabau. Diketuai oleh salah seorang pegawai kakitangan klinik kesihatan yang menyampaikan Taklimat berkaitan penjagaan kesihatan.




 MAJLIS PELANCARAN NILAM 2015 
Majlis Pelancaran Nilam dan penyampaian hadiah di Rasmikan Oleh En Abdul Talib Bin Hassan (PJK) pada 9 februari 2015 yang berlangsung di "Dataran ilmu" Sekolah Kebangsaan Chabau.




LARIAN MERENTAS DESA TAHUN 2015

Larian merentas desa melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Chabau telah berlangsung pada 03 februari 2015 pada sebelah petang. Tahniah kepada pemenang larian merentas desa, tidak lupa juga kepada semua murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Chabau yang memberi kerjasama menjayakan larian merentas desa pada tahun 2015.




MAJLIS PELANCARAN TABUNG DERMA PERINGKAT SK CHABAU 2015
30 Januari 2015- Bertempat di Dataran ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau, Guru besar SK Chabau En. Ibrahim Bin Rasol telah melancarkan tabung derma kebajikan sekolah. tabung ini bertujuan ini untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan dan selain daripada itu dapat memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya menabung.

 


 MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2015

Majlis perlantikan pengawas pada tahun 2015, telah berlangsung di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau pada 03 februari 2015 yang diketuai oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chabau iaitu "EnIbrahim bin Rasol" dan telah disempurnakan oleh "Tuan SM Zulkefle" selaku ketua balai polis simpang bekoh. Tahniah kepada murid-murid yang telah terpilih dan dilantik sebagai pengawas Sekolah Kebangsaan Chabau untuk tahun 2015.