SEKAPUR SIREH...


SEKAPUR SIREH
Kata-kata Aluan

TINTA SIBER DARIPADA:-

En.Ibrahim Bin Rasol
Guru Besar SK Chabau..



Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kini SK Chabau telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman web ini Salah satu hasrat SK Chabau ialah memberi cabaran kepada kita semua untuk menerokai pelbagai teknologi yang sedia ada dengan memperkenalkan web sekolah. Dengan terbinanya laman web ini, sedikit sebanyak kita telah berjaya merealisasikan hasrat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya laman web ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Saya juga berharap kepada semua guru, staf dan agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum yang mungkin.Internet merupakan rangkaian komputer terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer dan seterusnya dihubungkan kepada Internet. Manakala `Web’ merupakan rangkaian-rangkaian internet yang paling cepat berkembang dan membolehkan kita mendapatkan maklumat yang tersimpan pada tapak web tersebut di dalam Internet. Oleh itu, perlulah kita mengikuti era teknologi maklumat dengan melangkah ke era Internet. Dengan terbinanya laman web SK Chabau ini diharapkan dapat dapat mendorong warga pendidik dan masyarakat umum meneroka capaian yang lebih luas dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menghubungkan semua sekolah di Daerah Jasin ini khususnya. Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga SK Chabau dapat menyahut cabaran mendatang dengan semangat yang kuat dan kesungguhan untuk menjana kecemerlangan bagi memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia. Semoga kecemerlangan itu menjadi milik kita bersama. Sekian, terima kasih. "SK Chabau, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang"