PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI

Monday, 22 June 2015


: Pelancaran program sekolah lestari anugerah alam sekitar telah berlangsung di dataran Ilmu Sekolah kebangsaan chabau pada 22 Jun 2015. program ini bertujuan untuk mengumpulkan bahan buangan ataupun bahan terpakai untuk di kitar semula. dengan bahan-bahan buangan yang telah di kumpul, boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif menggunakan bahan tersebut mengikut kreativiti. program ini bertujuan untuk mengurangkan bahan buangan dan bahan buangan tersebut masih boleh digunakan.




























TAKLIMAT KEPADA IBU BAPA TAHUN 6

Friday, 19 June 2015

: Taklimat kepada Ibu Bapa murid tahun 6 yang akan menduduiki UPSR telah di adakan pada 19 Jun 2015 , bertempat di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Chabau. Taklimat ini bertujuan ingin meminta bantuan kerjasama dari Ibu Bapa untuk memantau tahap pembelajaran murid-murid semasa di rumah. ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan murid terhadap subjek yang telah di ajar semasa berada di sekolah. Semoga ini dapat membantu murid-murid mencapai target yang telah di tetapkan. Semoga murid-murid Sekolah Kebangsaan Chabau berjaya di dalam UPSR tahun 2015. Amin...







MAJLIS PELANCARAN

: Majlis pelancaran Program Jom Solat & Ihya' Ramadhan telah berlangsung di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau pada 19 Jun 2015. Program ini akan dijalankan Sepanjang bulan Ramadhan.







BACAAN YASSIN

: Bacaan Yassin telah berlangsung di Surau Sekolah Kebangsaan Chabau pada 17 Jun 2015, melibatkan Semua warga Sk Chabau Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang akan tiba.