AKTIVITI MINGGU PANITIA SAINS DAN MATEMATIK

Wednesday, 12 August 2015

: 12 Ogos 2015 bertempat di Sekolah kebangsaan Chabau, Aktiviti-aktiviti sempena minggu panitia sains dan matematik telah dijalankan. aktiviti tersebut ialah,  aktiviti mewarna, kuiz fakta asas untuk subjek sains dan matematik, dan juga explorace berkaitan dengan sains dan matematik. semoga minggu panitia sains dan matematik ini berjalan lancar dan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan semua warga Sk Chabau.






PAMERAN SPESIES ULAR DAN RAMA-RAMA


: Sempena minggu panitia sains dan matematik, Sekolah kebangsaan Chabau telah menganjurkan program pendidikan dari taman rama-rama dan reptilia melaka, serta spesies-spesies ular dari malacca snake bite. program ini telah berlangsung pada 11/08/2015, bertempat di Sk Chabau. sekolah-sekolah yang berhampiran juga turut serta untuk menjayakan lagi program ini.  murid-murid dan guru-guru juga telah diberi taklimat pendedahan yang terperinci berkaitan reptilia tersebut terlebih dahulu, sebelum melihat dan memegangnya. Sk Chabau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program tersebut.













PERTANDINGAN POETRY RECITIATION SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

Tuesday, 4 August 2015


: Pertandingan Poetry Recitiation Sekolah-sekolah rendah peringkat Negeri Melaka 2015, telah berlangsung pada 31 julai 2015. bertempat di SJK Alor Gajah Cheng, Melaka. Anjuran Jabatan pendidikan negeri Melaka. Sekolah kebangsaan Chabau telah diwakili oleh 2 orang peserta iaitu Rina Syafiqa anak Sariff dan Sufielya Amielyda a/p Rafiezu. Tahniah kepada peserta kerana telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut walaupun hanya mendapat Sijil penyertaan. Semoga ada rezeki pada tahun yang akan datang.



PERTANDINGAN FUTSAL PRA SEKOLAH 2015

: Pertandingan futsal pra sekolah telah berlangsung pada 28 dan 31 julai 2015. bertempat di Arena futsal Merlimau dan SJK(T) Alor Gajah, Cheng. Tahniah kepada Sekolah kebangsaan Chabau kerana telah mendapat Johan peringkat Daerah Jasin dan mendapat Naib Johan kumpulan pada peringkat Negeri. Tahniah kepada semua peserta yang telah terlibat. Terima kasih kepada guru pembimbing iaitu En Khairul bin Ahmad. diharap peserta dapat meneruskan lagi kejayaan pada masa akan datang, semoga berjaya SKC.