Rentas Desa 2015 (3.2.2015)

Wednesday, 4 February 2015


Larian merentas desa melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Chabau telah berlangsung pada 03 februari 2015 pada sebelah petang. Tahniah kepada pemenang larian merentas desa, tidak lupa juga kepada semua murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Chabau yang memberi kerjasama menjayakan larian merentas desa pada tahun 2015. 




















Majlis Perlantikan Pengawas 2015

Tuesday, 3 February 2015


Majlis perlantikan pengawas pada tahun 2015, telah berlangsung di Dataran ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau pada 03 febbuari 2015 yang diketuai oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chabau iaitu "En Ibrahim bin Rasol" dan telah disempurnakan oleh "Tuan SM Zulkefle" selaku ketua balai polis simpang bekoh. Tahniah kepada murid-murid yang telah terpilih dan dilantik sebagai pengawas Sekolah Kebangsaan Chabau untuk tahun 2015.












Majlis Pelancaran Tabung Derma Peringkat SK Chabau 2015

Monday, 2 February 2015

30 Januari 2015- Bertempat di Dataran ilmu Sekolah Kebangsaan Chabau, Guru besar SK Chabau En. Ibrahim Bin Rasol telah melancarkan tabung derma kebajikan sekolah. tabung ini bertujuan ini untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan dan selain daripada itu dapat memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya menabung.









"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

Friday, 16 January 2015

Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru dan murid-murid SK Chabau. kepada guru-guru, selamat berkhidmat kembali dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai pendidik untuk mendidik anak-anak yang telah diamanahkan kepada anda. kepada anak didik ataupun murid-murid yang dikasihi semoga tahun ini menjadi lebih baik untuk kalian semua, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya. capailah impian dan kejayaan yang kamu semua impikan dan guru-guru SK Chabau akan cuba pastikan yang terbaik untuk murid-muridnya. semoga tahun ini, adalah tahun yang terbaik untuk semua.